Seperti kelaziman apabila menghampiri Syawal, YAB Menteri Besar sendiri merangkap Pengerusi PKPP akan turun padang menyampaikan bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada peserta-peserta rancangan sosial di Kuala Lipis.
YAB Menteri Besar yang juga ADUN Jelai diiringi oleh Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Lipis, YB Dato Sri Hj Abdul Rahman Hj Mohamad serta ADUN Benta, ADUN Padang Tengku, Ahli Lembaga Pengarah PKPP dan Pengurusan Kanan PKPP serta LKPP Corporation Sdn. Bhd.
Pada tahun ini, PKPP yang didorong oleh prestasi kewangan yang positif telah bermurah hati menyampaikan bantuan sebanyak RM700 kepada peserta rancangan sosial yang terlibat iaitu RTP Sg. Ular, RPSK Peruang, RPSK Jerkoh dan RPSK Merapoh. Moga sumbangan ini sedikit sebanyak menceriakan dan memberi makna kepada penerima untuk meraikan lebaran yang bakal tiba.
Majlis yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Lipis turut diadakan bersekali dengan penyampaian sumbangan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada JPKK, JKPKOA, Tok Batin, Setiausaha JPKK dan ibu-ibu tunggal.