Majlis Penyerahan Bendera Sempena Kejohanan Sukan Majlis Kebajikan dan Sukan KKDW (MAKSPEN) XIV Putrajaya Tahun 2023

Sempena penyertaan PKPP ke Kejohanan Sukan Majlis Kebajikan dan Sukan KKDW (MAKSPEN) XIV Putrajaya Tahun 2023, satu majlis penyerahan bendera telah diadakan bertempat di Dewan ILI.


Ketua Pegawai Eksekutif telah menyerahkan bendera kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) merangkap Timbalan Chef De Mission pada kejohanan berkenaan.


Kontinjen PKPP kali ini dianggotai oleh hampir 200 orang termasuk pengurus pasukan, atlit dan anggota sokongan yang kesemuanya di kalangan anggota perkhidmatan PKPP dan anak syarikat kumpulan PKPP.

Ketua Pegawai Eksekutif mengucapkan selamat berjuang kepada kesemua anggota kontinjen dan mengharapkan komitmen dan kesungguhan dalam mengejar kejayaan dan dalam masa yang sama mengutamakan semangat kesukanan yang tinggi.


img
img

img
img