Kursus Sense Of Urgency Siri 1

Kursus Sense of Urgency Siri 1 telah berlangsung pada 10 hingga 12 Julai 2023 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu. Jumlah peserta adalah seramai 41 orang terdiri daripada anggota perkhidmatan PKPP serta pengurusan anak-anak syarikat Kumpulan PKPP.


Keseluruhan agenda kursus dikendalikan oleh YBhg Dr Suhaila binti Haron yang merupakan Perunding Latihan Kanan dari INTAN Kampus Wilayah Timur.


Di dalam ucapan Majlis Penutup, Ketua Pegawai Eksekutif PKPP berharap budaya kesegeraan dan bertindak tangkas dalam melaksanakan tugasan berasaskan matlamat jabatan perlu dipraktikkan sewajarnya kerana ia mencerminkan tadbir urus korporat yang efisien.


Beliau juga berharap ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan serta berusaha untuk melakukan islah dan inovasi dalam tugasan yang diamanahkan agar dapat memberi pulangan menguntungkan bukan sahaja kepada PKPP bahkan pelanggan jua.


img
img

img
0
img

img
img