Seminar Pengurusan Pemantapan Pentadbiran Tanah di Hatten Hotel, Melaka.

     Kekurangan pengetahuan perihal Pengurusan Harta Pusaka yang betul serta kegagalan untuk memenuhi syarat dan prosedur yang ditetapkan menjadi penyebab harta pusaka terus terbiar dan tidak dapat dimanfaatkan. Perkara ini telah dinyatakan oleh Pengurus Pelaburan dan Korporat, Tuan Haji Roslan bin Mohd Ali sewaktu menyempurnakan Majlis Perasmian/Penutup Seminar Pengurusan Pemantapan Pentadbiran Tanah PKPP yang diadakan di Hotel Hatten Melaka pada 29 Oktober 2022 dan dihadiri oleh 37 orang anggota perkhidmatan PKPP.


PKPP telah menjemput penceramah dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah Galian Persekutuan (JKPTG) untuk menyampaikan slot ceramah yang bertajuk “Pengurusan Harta Pusaka Di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955” serta dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang untuk slot ceramah yang bertajuk “Pelupusan Tanah Kerajaan Secara Pemberimilikan”.


Semoga ilmu yang diperoleh dapat diadaptasikan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan lebih efisien berasaskan kepada peraturan-peraturan sedia ada serta meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menyelesaikan segala isu-isu pembahagian harta pusaka dengan segera bagi mengelakkan sebarang masalah yang berlarutan dan menjadi semakin sukar untuk diselesaikan.

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img