Majlis Penyampaian Amanat Ketua Pegawai Eksekutif Serta Penyerahan Surat Pengesahan Jawatan dan Kenaikan Pangkat

Seramai 21 anggota perkhidmatan PKPP telah menerima surat pengesahan jawatan masing-masing serta seorang menerima surat kenaikan pangkat dalam satu majlis yang diadakan pada 5 April 2023 bertempat di Dewan ILI, bersebelahan bangunan PKPP.


Ketua Pegawai Eksekutif yang menyampaikan surat berkenaan kepada semua penerima, mengucapkan tahniah atas prestasi yang membolehkan kesemuanya disahkan ke jawatan masing-masing dan beliau berharap ini adalah permulaan kepada pencapaian yang lebih baik pada masa akan datang. Sikap proaktif serta keupayaan untuk menyiapkan sesuatu tugasan sebelum waktu yang ditetapkan (deadline) menjadi kriteria penting bagi budaya kerja cemerlang.

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img