Majlis Penyerahan Kedai PKPP RTP Sg. Ular, Lipis Oleh Menteri Besar Pahang,YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail

     Kuantan, 14 Mac 2021 – Majlis Penyerahan Kedai PKPP RTP Sg. Ular, Kuala Lipis telah disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Jelai dan Pengerusi PKPP kepada usahawan PKPP. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Dif-dif Kehormat, Ketua-ketua Jabatan, Agensi-agensi, pengurusan kanan PKPP, JKKK RTP Sg. Ular dan peserta usahawan PKPP.


Keprihatinan YAB. Menteri Besar dalam membantu usahawan luar bandar khususnya di RTP Sg. Ular diterjemahkan dengan pembinaan kedai ini yang melibatkan kos berjumlah RM472,001.00 melalui peruntukan yang disalurkan oleh KPLB. PKPP selaku agensi rangkaian KPLB diamanahkan sebagai agensi pelaksana untuk projek ini.


YAB. Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan kepada para usahawan PKPP dan Tabung Khas JKKK Kampung RTP Sg. Ular, Kuala Lipis. Sebelum majlis berakhir, YAB. Menteri Besar berkesempatan melakukan lawatan ke kedai usahawan bagi melihat perniagaan yang diusahakan. Pelbagai inisiatif dan sokongan yang diberikan oleh Kementerian dan Kerajaan Negeri dalam membantu usahawan untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi luar bandar.

img
img