Majlis Persaraan Encik Abdul Rahim bin Baba

Majlis persaraan pertama tahun 2023 bagi meraikan Encik Abdul Rahim bin Baba yang telah berkhidmat selama 37 tahun 11 bulan telah diadakan pada 22 Mac 2023 dan dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, pengurusan kanan serta anggota perkhidmatan PKPP.


Encik Abdul Rahim bin Baba mula berkhidmat dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (dahulu dikenali LKPP Negeri Pahang) pada 1 April 1985 sebagai pelayan pejabat. Jawatan-jawatan lain yang pernah disandang oleh beliau adalah Pembantu Am Rendah, Operator Mesin Pemprosesan Data (OMPD) hingga jawatan terakhir sebagai Pembantu Tadbir Perkeranian dan Operasi, Gred N19 dan akan bersara paksa pada 26 Mac 2023.


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada yang Encik Abdul Rahim bin Baba atas jasa, sumbangan dan bakti dalam selama tempoh perkhidmatan di PKPP. Semoga beliau sentiasa di dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan.

img
img

img
img

img
img

img
img