Majlis Apresiasi Rakan Strategik Pahang Skills Development Centre (PSDC)

     Majlis Apresiasi Rakan Strategik Pahang Skills Development Centre (PSDC) Tahun 2023 telah diadakan pada 30 Januari 2023 bertempat di Hotel Mega View, Kuantan.


Majlis yang diadakan oleh pihak PSDC bertujuan untuk merakamkan penghargaan dan tanda terima kasih kepada semua jabatan/badan yang sudi menjadi sebahagian daripada Rakan Strategik dan Pelanggan untuk menjalankan program-program jabatan yang dikendalikan oleh pihak PSDC.


Penghargaan tersebut telah diterima oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) , Puan Hajah Sharifah Norjannah binti Syed Agil, yang sudi menghadiri majlis tersebut.

img
img