Majlis Pelancaran PROSPEK Raub

     19 Julai 2022 - Majlis Pelancaran PROSPEK RAUB dan Penyampaian Suratan Hak Milik Skim Tanah Rakyat (STR) telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang pada 19 Julai 2022 di Dewan Orang Ramai Kg Pamah Rawas, Mukim Ulu Dong, Raub.


Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YAB Setiausaha Kerajaan Pahang dan YBHG Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar.


PROSPEK merupakan projek di bawah KPLB bertujuan mengoptimumkan pembangunan sektor ekonomi setempat dengan memberi fokus kepada aktiviti sedia ada (niche product) untuk dikembangk.


Bagi PROSPEK Raub yang mana PKPP telah dilantik sebagai agensi pelaksana, aktiviti utama yang dikenalpasti ialah penanaman durian klon Musang King dan pengumpulan hasil durian bagi meningkatkan pendapatan dan mewujudkan peluang pekerjaan.


Projek yang melangkaui 3 kampung induk iaitu Kg Pamah Rawas, Kg Pamah Kulat dan Kg Orang Asli Sg Yol melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM8.0 juta. Selain pengembangan aktiviti ekonomi, ia turut melibatkan komponen perumahan dan prasarana asas.

img
img

img
img