Pembentangan Prestasi Ladang-Ladang PKPP Bagi Tempoh Berakhir 31 Disember 2022

     Pembentangan Prestasi Ladang-Ladang PKPP bagi tempoh berakhir 31 Disember 2022 diadakan pada 16 Mac 2023 bertempat di Geo Resort & Hotel Genting Highlands yang dihadiri oleh semua Pengurusan PKPP, Pengurusan Kanan serta pengurus- pengurus ladang dari tiga agen pengurusan ladang yang terlibat iaitu LKPP Corporation Sdn. Bhd., PKPP Plantation Sdn. Bhd. dan PKPP Agro Sdn. Bhd.


Rumusan daripada pembentangan yang dibuat, kesemua ladang masih menunjukkan keuntungan yang didorong oleh faktor harga MSM yang tinggi sepanjang tahun 2022 walaupun data penghasilan BTS keseluruhan menunjukkan penurunan.


Di dalam majlis ini juga, turut diumumkan keputusan daripada Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah baru-baru ini yang meluluskan perubahan ejen pengurusan ladang yang melibatkan beberapa ladang bagi tujuan meningkatkan kecekapan dan produktiviti mulai tahun 2023.


Mesyuarat Lembaga Pengarah PKPP juga telah bersetuju untuk meluluskan cadangan memajakkan 2 ladang milikan PKPP iaitu Ladang Alur Seri dan Ladang Ulu Lepar kepada LCSB selama 45 tahun bermula 1 Januari 2023. Majlis penyerahan surat pajakan dari PKPP serta bayaran pajakan untuk tahun pertama dari LCSB telah diadakan dalam majlis yang sama.

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img