Pada 14 Julai 2020 (Selasa) yang lalu, telah berlangsung sesi pembentangan prestasi ladang-ladang milik PKPP di Dewan Bunga Raya, De Rhu Beach Resort (DRBR) yang dihadiri oleh Pengurusan PKPP, LKPP Corporation Sdn Bhd (LCSB) dan PKPP Plantation Sdn Bhd (PPSB).
Dari segi perancangan, sesi ini perlu diadakan dua kali setahun. Akibat pandemik virus Covid-19, untuk tahun ini ia diadakan agak lewat daripada yg sepatutnya manakala sesi seterusnya dijangka akan diadakan pada hujung tahun ini.
Selain pembentangan laporan prestasi, sesi ini turut membincangkan isu-isu dan permasalahan semasa pengurusan ladang bagi mencari penyelesaian.