Sumbangan Cek Kepada Peserta PPRT Peruang, Lipis Yang Ditimpa Musibah Kebakaran

     Kuala Lipis, 09 Julai 2021 – Pada 10 Mei 2021, peserta PPRT Peruang, Lipis iaitu Encik Mazlan bin Hassan telah ditimpa musibah kebakaran. Kejadian tersebut menyebabkan mangsa bersama isteri serta empat orang anak yang masih dalam tanggungan tinggal sehelai sepinggang dan kini menginap sementara di sebuah rumah kosong milik jirannya. PKPP prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa sekeluarga dan berkesempatan menyerahkan sumbangan cek berjumlah RM10,000.00 yang telah disampaikan oleh Encik Noradzuan Safuan bin Nordin selaku Pegawai Wilayah Barat, Lipis bagi mewakili pihak Ketua Pegawai Eksekutif, PKPP. Semoga sumbangan ini dapat meringankan bebanan mangsa dalam menjalani kehidupan dan beliau tabah dalam menghadapi ujian ini.

img