Majlis Taklimat Cadangan Projek Program Perumahan Rakyat (Ppr) Dimiliki Di Persis Ujana, Mukim Penor, Daerah Kuantan, Pahang Darul Makmur

     Kuantan, 22 Februari 2021 – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin telah menghadiri sesi taklimat mengenai Cadangan Projek Program Perumahan Rakyat (PPR) Dimiliki di Persis Ujana, Mukim Penor, Daerah Kuantan, Pahang Darul Makmur oleh LKPP Property Sdn. Bhd. (LPSB) syarikat hartanah milik PKPP. Taklimat ini turut dihadiri oleh beberapa wakil agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan pegawai-pegawai dari Bahagian Perumahan SUK, Pahang.


Tapak yang dicadangkan untuk program PPR Dimiliki ini berkeluasan 47.20 ekar (opsyen 1) anggaran kos terlibat RM74,648,549.00 dan 30.50 ekar (opsyen 2) anggaran kos terlibat RM39,398,429.00 merupakan sebahagian daripada fasa pembangunan Persis Ujana. Opsyen 1 merangkumi 493 unit rumah teres, manakala opsyen 2 adalah sebahagian daripada opsyen 1 sahaja yang mempunyai 255 unit rumah teres dengan berkeluasan 20’ x 65’ (saiz bangunan 20’ x 40’).


Pembangunan ini akan dilengkapi kemudahan awam seperti surau, dewan dan tadika yang telah dirizabkan di selatan tapak cadangan serta terdapat kawasan lapang yang berkeluasan 3.47 ekar. Kelengkapan kemudahan infrastruktur aksesbiliti adalah daripada Jalan Tanjung Lumpur-Soi melalui jalan utama (2 hala) yang telah dibina. Selain itu, tangki air berkapasiti 548,000 gelen dan Loji Rawatan Kumbahan berkapasiti 8700 PE telah tersedia 1 km daripada tapak cadangan turut akan dinaiktarafkan mengikut keperluan pembangunan serta tersedia tapak bagi Pencawang TNB bersaiz singgle chamber.


Projek ini disasarkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) bagi merealisasikan impian memiliki rumah idaman pada harga yang berpatutan iaitu RM80,000/unit.

img