Kunjungan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Ke Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP)

     Delegasi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang diketuai oleh Ybhg Dr. Mohamad Khairil bin Mohamad Razi selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS melakukan kunjungan hormat ke Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) pada 20 Februari 2023 di Bilik Gerakan PKPP. Turut hadir sama pengurusan PKPP Agro Sdn. Bhd.


Kunjungan hormat ini bertujuan berkongsi pengalaman seterusnya merangka perancangan usaha sama dua hala di antara kedua-dua pihak terutamanya isu berkenaan program keterjaminan keselamatan (Food Security) dan projek membangunkan ladang ternakan ayam dengan kerjasama Charoen Pokphand (CP).


Selesai perbincangan, delegasi PKPS melakukan lawatan ke Ladang Penor Idaman PKPP bagi melihat ternakan kambing, ladang kelapa dan ladang longan yang diuruskan oleh LKPP Corporation Sdn. Bhd.


Selain itu, delegasi turut dibawa melawat ke beberapa premis perniagaan sewaan usahawan PKPP di Serambi Teruntum, Kuantan seperti Koperasi Keluarga Gemilang Pahang Berhad (KKGPB) yang mengusahakan penghasilan dan penjualan kopi serta teh manakala Syarikat Misha Omar Enterprise pula mengusahakan aneka sambal.


Semoga hasil kunjungan hormat ini dapat memberi manfaat kepada dua pihak serta jalinan kerjasama dapat diteruskan pada masa mendatang.

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img