Program Kebajikan PKPP Prihatin Di Dun Jelai Bersama- Sama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang

     Program Kebajikan PKPP Prihatin di DN Jelai Bersama-sama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah diadakan pada 7 Januari 2022 bertempat di Dewan Terbuka Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan, Lipis. Majlis diserikan dengan kehadiran Yang Amat Berhormat, Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi PKPP, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail yang juga ADN Jelai. Majlis ini turut dihadiri oleh dif-dif kehormat, ADN-ADN, Ahli Parlimen Lipis, Ketua-ketua Jabatan, Pengurusan Kanan PKPP, Pengurus Besar LKPP Corporation Sdn. Bhd, JKKK Daerah Lipis serta penerima sumbangan.


Dalam ucapan beliau, YAB. Menteri Besar mengucapkan syabas dan tahniah kepada PKPP yang sentiasa komited dan berterusan melakukan kebajikan dengan menyediakan kemudahan infrastruktur kepada penduduk setempat melalui peruntukan-peruntukan dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang secara tidak langsung meningkatkan taraf sosioekonomi setempat seperti pelaksanaan projek penggantian paip air lama di RPSB Kuala Medang, projek pembinaan 4 unit kedai PKPP di Sg. Ular, dan projek-projek jalan pertanian/ladang serta kemudahan awam seperti membina pagar masjid di rancangan sosial PKPP di DN Jelai ini.


Pada majlis ini, seramai 1,069 orang penerima telah menerima sumbangan mengikut 11 kategori dan ianya termasuklah jabatan, persatuan, masjid serta individu asnaf yang telah dikenal pasti dengan keseluruhan sumbangan berjumlah RM765,100 yang telah disampaikan oleh YAB. Menteri Besar bersama YB. Dato’ Sri Abbdul Rahman bin Mohamad, YB. Dato’ Sri Haji Shahiruddin bin Ab Moin dan YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi bin Tan Sri Abd. Razak kepada penerima sumbangan. LKPP Corporation Sdn. Bhd. anak syarikat milik penuh PKPP turut menyumbang 2 buah van jenazah bagi kegunaan serta kemudahan dalam pengendalian pengurusan jenazah di Kampung Tanjung Gahai dan Kampung Beletik. Dalam majlis ini juga, YAB. Menteri Besar sudi menyempurnakan acara penyampaian sumbangan Kerajaan Negeri kepada organisasi dan golongan yang memerlukan.

img
img

img
img

img
img