Majlis Meraikan Persaraan Encik Ahmad Bin Mohamad Jali

Majlis bagi meraikan persaraan Encik Ahmad bin Mohamad Jali telah diadakan di Temerloh pada 3 Oktober 2023. Beliau yang memilih persaraan pilihan atas faktor kesihatan pada umur 58 tahun telah mencatat tempoh perkhidmatan selama 22 tahun 4 bulan.


Beliau mula berkhidmat dengan LKPP pada tahun 2001 sebagai Penyelia Rancangan Tanah Gred 8 dan ditempatkan di pejabat Wilayah Pahang Tengah, Temerloh manakala jawatan terakhir beliau sebelum persaraan adalah sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N22.


Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama, hubungan baik sesama warga LKPP/PKPP dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sambil meninggalkan pesanan kepada lapisan yang baru untuk meneruskan legasi budaya kerja cemerlang.


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Ahmad bin Mohamad Jali atas jasa dan sumbangan sepanjang berkhidmat di LKPP/PKPP dan semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan bersama keluarga tersayang.


img
img

img
img