Majlis Ramah Mesra Pengurus Besar LKPP Corporation Sdn Bhd Dan KYP Advanced Skills Bersama Perantis Operator Perladangan Siri 1/2021

     Agro Resort Semuji, 02 April 2021 – Majlis Ramah Mesra Pengurus Besar LKPP Corporation Sdn Bhd dan KYP Advanced Skills bersama Perantis Operator Perladangan Siri 1/2021 bertempat di Agro Resort Semuji, Jalan Gambang.


Majlis diserikan dengan kehadiran Pengurus Besar LCSB Sdn Bhd, Tuan Haji Sharumzaki bin Hassan bagi merasmikan majlis tersebut. Majlis turut dihadiri oleh Puan Hajah Norliza binti Abd Mubin, Pengurus Besar KYP Advanced Skills, Cik Emilia binti Zainal Abidin, Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia PKPP serta barisan Pengurusan LCSB. Pengurus Besar LCSB mengucapkan ribuan terima kasih kepada KYP yang telah menyelaras dan menyelenggarakan program operator perladangan sepanjang latihan dijalankan.


Seramai 10 orang perantis telah hadir mendaftarkan diri dan telah lulus dalam ujian serta saringan yang dilakukan. Dijangkakan bilangan perantis akan bertambah seramai 40 orang. Tempoh latihan yang diberikan adalah selama 3 bulan (fasa perantisan), 3 bulan (fasa percubaan) dan kontrak 2 tahun (fasa pengesahan). Latihan praktikal dan amali akan diadakan di Ladang Lepar mengikut modul yang telah disediakan oleh pihak KYP.


Diharapkan agar semua perantis yang telah dipilih ini akan komited dan sentiasa fokus dalam menjalani program latihan hingga berjaya untuk diserap dan diterima bekerja dalam Kumpulan PKPP kelak serta tidak mensia-siakan peluang yang telah diperoleh ini. Hal ini selaras dengan situasi pandemik yang sedang melanda negara/dunia agak menyukarkan anak-anak muda untuk mendapatkan pekerjaan kini. Kehadiran para perantis adalah satu langkah dan keputusan bijak yang telah diambil. Semoga ikatan, kerjasama dan kolaborasi antara PKPP, LCSB dan KYP ini dapat dipanjangkan lagi dalam program-program lain yang akan datang.

img
img