Mesyuarat Penyelarasan Bersama Pengurusan Anak-Anak Syarikat PKPP

     IPOH, 4 JULAI 2022 – Mesyuarat Penyelarasan Bersama Pengurusan Anak-Anak Syarikat PKPP Bilangan 1/2022 telah diadakan pada 3 Julai di Meru Valley Resort, Ipoh, Perak. Ini adalah buat pertama kalinya mesyuarat ini dilaksanakan di luar negeri Pahang.


Turut diatur di dalam itinerari program dari 2 hingga 4 Julai ini adalah acara golf persahabatan dan acara makan malam diantara PKPP dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak, PPPNP. Ini bertujuan menggalakkan perkongsian pengalaman di antara kedua-dua pihak.


Selain itu, pengurusan PKPP turut di bawa melawat ladang tembikai dan restoran ayam kampung yang merupakan projek usahawan di bawah insentif yang disediakan oleh PPPNP.

img
img

img
img
-container end-->