Lawatan ke Makmur Dairy Sdn. Bhd. (MDSB)

     Lawatan ke Makmur Dairy Sdn. Bhd. (MDSB) yang merupakan cabang aktiviti penternakan dan tenusu bagi LKPP Corporation Sdn. Bhd. (LCSB) telah dihadiri oleh pengurusan PKPP serta pengurusan kanan anak syarikat Kumpulan PKPP.


Kronologi aktiviti MDSB bermula pada tahun 2005 dengan membawa masuk 70 ekor lembu baka Friesian Jersey dari Australia untuk tujuan tenusu. Bermula dari situ, aktiviti MDSB terus berkembang penambahan baka Brakmas, KK Cross serta Fresian Shahiwal.


Selain lembu, penternakan kambing dan biri-biri turut diceburi oleh MDSB. Baka bagi tujuan tenusu seperti Shami, Saanen dan Katjang serta baka pedaging Dorper adalah antara yang dipelihara.


Sebagai pelengkap, rusa baka Java Timorensis turut diternak di sini. Kini MDSB giat memperluaskan pasaran runcit produk tenusu dan daging seperti mewujudkan pusat jualan di lokasi yang strategik. Selain meningkatkan nilai tambah kepada hasil pengeluaran sendiri, pusat jualan ini juga membuka peluang kepada pemasaran produk lain keluaran Kumpulan PKPP.

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img