Lawatan Ketua Pegawai Eksekutif ke Ladang PKPP Charuk Puting

     07 April 2021 – YH. Dato' Suhaimi bin Mohd Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif berkesempatan ke Ladang PKPP Charuk Puting diiringi oleh Encik Ahmad Hisham bin Abdul Halim, Pengurus Penyelidikan dan Pemantauan bagi mendengar taklimat prestasi kemajuan ladang tersebut yang diuruskan oleh PKPP Plantation Sdn. Bhd.


Selesai taklimat, YH. Dato' meneruskan kunjungan ke Ladang Charuk Puting bagi melihat isu serangan perosak dan penyakit yang melibatkan produktiviti keberhasilan ladang. Semoga masalah ini dapat diatasi segera dalam memastikan hasil ladang dapat ditingkatkan kelak.

img
img