Lawatan Pengurusan PKPP Ke Ladang Sungai Sering Dan Ladang Charuk Puting, Temerloh

     Temerloh, 26 Januari 2022 – Lawatan ke Ladang Sungai Sering dan Ladang Charuk Puting, Temerloh telah diadakan pada 26 Januari 2022 (Rabu).


Program lawatan ini dimulai dengan taklimat prestasi ladang oleh Pengurus Ladang Charuk Puting dan diikuti oleh Pengurus Ladang Sg. Sering. Kedua buah ladang ini diuruskan oleh PKPP Plantation Sdn Bhd. (PPSB). PPSB turut memberikan taklimat berkaitan aktiviti penternakan lembu secara integrasi yang dilaksanakan di Ladang Sg. Sering.


Secara keseluruhannya, prestasi kedua-dua buah ladang ini adalah baik bagi tempoh 2021 walaupun menghadapi pelbagai isu dan cabaran seperti kekurangan tenaga pekerja, serangan ulat bungkus, pencerobohan ternakan (lembu dan kerbau) dan banjir.


Pengurusan ladang telah mengambil pelbagai tindakan dan inisiatif bagi menangani isu dan cabaran yang dihadapi terutamanya bagi meningkatkan produktiviti ladang.

img
img

img
img

img
img