KURSUS PENULISAN DOKUMEN RASMI KERAJAAN

     Pada 12 Ogos 2020 (Rabu), Kursus Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan bagi Siri 1/2020 telah dirasmikan oleh Y.H. Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus dan dihadiri oleh pegawai dan anggota perkhidmatan PKPP. Kursus ini merupakan anjuran bersama dengan Brainwork dengan kerjasama Encik Jumari bin Kosrin sebagai penceramah.


Sasaran peserta adalah di kalangan gred N22 ke atas yang berdepan dengan penulisan dokumen rasmi kerajaan. Pengetahuan dan kebolehan menulis adalah satu kemahiran yang sangat penting bagi anggota perkhidmatan yang diberikan tugas sedemikian di dalam sesebuah organisasi terutama bila berurusan dengan agensi kerajaan yang lain. Kemahiran ini mampu menghasilkan penulisan yang berkualiti dan mencapai objektif yang ditetapkan serta melambangkan tahap profesionalisma mereka. Terdapat banyak bentuk penulisan yang kerap diperlukan di dalam sesebuah organisasi seperti penulisan surat rasmi, memo, e-mel, laporan, kertas kerja dan minit mesyuarat. Kesemua jenis penulisan ini mempunyai format dan teknik tertentu dan tatabahasa yang betul untuk dihasilkan.


Semua Anggota Perkhidmatan yang terlibat di dalam tugasan penulisan sangat penting untuk mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang betul bagi memudahkan tugas dan memberi imej yang baik kepada jabatan.

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img


img
img


img
img