Majlis Perjumpaan YH Dato’ Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Anggota Perkhidmatan PKPP

Bertempat di Dewan ILI bersebelahan dengan Bangunan PKPP, telah berlangsung majlis Perjumpaan YH Dato’ Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Anggota Perkhidmatan PKPP. Majlis yang menjadi kelaziman pada setiap awal tahun ini turut dihadiri oleh barisan Pengurusan Kanan PKPP.


Ketua Pegawai Eksekutif mengimbas kembali isu-isu yang melibatkan PKPP sepanjang tahun 2022 serta berkongsi tentang status semasa pelaksanaan Pelan Strategik PKPP 2020-2025. Perkongsian seperti ini bertujuan menyedarkan setiap anggota perkhidmatan tanpa mengira kedudukan bahawa mereka mempunyai sumbangan masing-masing dalam memastikan perancangan PKPP mencapai kejayaan yang diharapkan.


Turut dikongsi ialah cabaran yang bakal dilalui pada tahun 2023 dengan mengambil kira ramalan tentang jangkaan kemelesetan ekonomi akibat peningkatan kos serta situasi di dalam dan luar negara.


Majlis juga tidak ketinggalan memberi peluang kepada semua hadirin bagi mengemukakan pandangan dan cadangan bagi meningkatkan profesionalisme, semangat kerja berpasukan serta memelihara hubungan baik dan harmoni sesama warga.

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img