Majlis Meraikan Persaraan Encik Ahmad Bin Ismail

     Kuantan, 19 Ogos 2021 – Majlis Meraikan Persaraan Encik Ahmad bin Ismail telah berlangsung di Bilik Gerakan. Majlis diserikan dengan kehadiran YH. Dato' Suhaimi bin Mohd Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Pengurusan Kanan, pegawai-pegawai dan anggota perkhidmatan bersama yang diraikan Encik Ahmad bin Ismail.


Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis, seterusnya bacaan doa bagi memberkati lagi acara ini. Tayangan video telah dipertontonkan bagi mengimbau kembali kenangan sepanjang perkhidmatan yang diraikan selama 31 tahun 10 bulan.


Dalam ucapan yang diraikan, beliau berterima kasih kepada PKPP kerana mengadakan majlis ini. Beliau turut mengingati semua agar melaksanakan tugas dengan berdedikasi dan tanggungjawab kepada PKPP. Beliau turut mengambil kesempatan memohon maaf atas salah silap sepanjang menjalankan tugas.


Majlis merakamkan setinggi penghargaan kepada Encik Ahmad bin Ismail atas jasa, khidmat dan bakti selama 31 tahun 10 bulan dalam menerajui PKPP yang akan mula bersara wajib pada 27 Jun 2021.

img