Majlis Iftar Ramadan Program Perantis Operator Perladangan Kumpulan PKPP

     28 April 2021 – Kumpulan pertama Program Perantis Operator Perladangan Kumpulan PKPP telah diraikan dalam satu majlis Iftar yang diadakan di Agro Resort Sg Semuji. Majlis dihadiri oleh YH. Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus, Pengurusan Kanan PKPP, Pengurusan Kanan LKPP Corporation Sdn. Bhd. dan PKPP Plantation Sdn. Bhd. serta pegawai-pegawai Kolej Yayasan Pahang.


Dalam ucapan sebentar tadi, Ketua Pegawai Eksekutif menarik perhatian majlis dengan mengatakan antara bidang yang tidak terjejas akibat pandemik ialah bidang pertanian dan perladangan. Justeru, peluang yang diambil oleh kumpulan pertama ini sangatlah bertepatan dalam menyahut cabaran untuk menceburi bidang yang dikenali sebagai 3D (Susah, Kotor dan Bahaya).


Selain itu, beliau turut memberi kata-kata perangsang kepada peserta untuk kekal komited dalam program ini. Setelah tamat latihan, selain penempatan akan mengutamakan lokaliti peserta, Kumpulan PKPP akan memastikan insentif dan kemudahan sentiasa ditambah baik bagi memastikan kebajikan pekerja ladang sentiasa terjaga.

img
img

img
img