Lawatan Pengurusan PKPP Ke Ladang Paloh Hinai dan Ladang Sri Jelutong

     Pekan – Lawatan Pengurusan PKPP ke Ladang Paloh Hinai dan Ladang Sri Jelutong telah diadakan pada 10 Mac 2022. Kedua-dua ladang ini adalah dibawah agen pengurusan PKPP Agro Sdn Bhd. .


Selesai pembentangan prestasi ladang, isu-isu dan cabaran oleh kedua-dua pengurusan ladang terbabit, Ketua Pegawai Eksekutif PKPP merumuskan dapatan daripada pembentangan dan menekankan tentang konsep mengoptimumkan sumber yang ada di dalam memaksimumkan pulangan serta mengelakkan pembaziran.


Mengambil contoh kawasan bermasalah yang tidak ekonomik dan produktif untuk ditanam dengan kelapa sawit sedangkan cukai tetap dibayar setiap tahun, kawasan-kawasan seperti ini boleh diusahakan dengan aktiviti lain mengikut keperluan dan kesesuaian. Semuanya terletak kepada kreativiti agen pengurusan dalam menjayakannya.


Pengurusan PKPP kemudiannya dibawa melawat kawasan ladang yang dikenalpasti selalu bermasalah terutama berkaitan pengurusan air banjir apabila tiba musim tengkujuh atau berlaku fenomena hujan luar biasa. Turut dilawati adalah projek penanaman nanas MD2 serta kawasan penanaman pokok hutan sebagai salah satu inisiatif NDPE.

img
img

img
img

img
img