Majlis Meraikan Persaraan Encik Mohd Hanafi Bin Sh Abdul Hamid

     Kuantan, 11 Februari 2021 – Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi telah diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif YH. Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus dan Pengurusan Kanan PKPP. Majlis ini bertujuan untuk mengenang jasa dan bakti Encik Mohd Hanafi bin Sh Abdul Hamid selaku Pengurus Perancangan dan Hal-ehwal Korporat yang telah berkhidmat di PKPP selama 30 tahun 8 bulan dalam memacu kejayaan PKPP.


Sewaktu di awal perkhidmatan, beliau merupakan lantikan di skim khidmat sambilan siswazah dan ditempatkan di Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Ekonomi. Tayangan video bagi mengimbau kenangan melalui kegiatan rasmi dan aktiviti kelab turut dipertontonkan. Setiap pengorbanan dan sumbangan beliau menjadi teladan dan inspirasi buat seluruh warga PKPP. Semoga Encik Mohd Hanafi bin Sh Abdul Hamid sentiasa di dalam rahmat dan keberkatan Allah S.W.T dalam apa jua yang dilakukan selepas persaraan ini.

img
img

img
img

img
img