Majlis Meraikan Persaraan Encik Mohd Fazren Abdul Ghani

     Kuantan, 06 April 2021 – Majlis Meraikan Persaraan Encik Mohd Fazren bin Abdul Ghani telah berlangsung di Bilik Gerakan. Majlis diserikan dengan kehadiran YH. Dato' Suhaimi bin Mohd Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Pengurusan Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota perkhidmatan bersama yang diraikan Encik Mohd Fazren bin Abdul Ghani diiringi oleh isteri Puan Zunaiza binti Jamaluddin.


Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis, seterusnya bacaan doa bagi memberkati lagi acara ini. Tayangan video telah dipertontonkan bagi mengimbau kembali kenangan sepanjang perkhidmatan yang diraikan selama 17 tahun 1 bulan.


Majlis diteruskan dengan ucapan wakil daripada yang diraikan iaitu isteri beliau, Puan Zunaiza. Puan Zunaiza merakamkan penghargaan ucapan terima kasih atas bantuan dan sokongan yang diberikan oleh PKPP serta rakan-rakan anggota yang lain kepada Encik Mohd Fazren. Beliau turut mengambil kesempatan memohon maaf atas salah silap bagi pihak yang diraikan.


Majlis mendoakan semoga Encik Mohd Fazren dan keluarga tabah dalam menghadapi ujian. Semoga Encik Mohd Fazren diberi kesembuhan, dipermudahkan urusan selepas persaraan ini dan sentiasa dirahmati Allah S.W.T selalu.


Majlis merakamkan setinggi penghargaan kepada Encik Mohd Fazren atas jasa, khidmat dan bakti selama 17 tahun 1 bulan dalam meneraju PKPP yang akan mula bersara wajib pada 10 Mac 2021.

img
img