Lawatan Kerja Ke Projek Pembangunan Ladang Durian PKPP Di Pamah Lebar Dan RTP Lebu

Pengurusan Kanan PKPP diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YH Dato' Suhaimi bin Mohd Yunus telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Pembangunan Ladang Durian PKPP di Pamah Lebar dan RTP Lebu pada 4 Januari 2023.


Turut menyertai program lawatan ialah penasihat penanaman durian daripada Fresh Nursery Farm Consultant Sdn. Bhd. yang memantau aktiviti-aktiviti projek di bawah PKPP Plantation Sdn. Bhd. (PPSB) ini.


Projek ini mula dibangunkan pada tahun 2020 secara berperingkat dengan kos pembangunan sehingga kini berjumlah RM11.54 juta bagi kedua-dua buah ladang. Projek tanaman durian merupakan sebahagian daripada aktiviti penjanaan pendapatan melalui sumber kekayaan baharu sebagaimana yang termaktub di dalam perancangan Pelan Strategik PKPP 2020-2025.

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img