Majlis Perasmian De Rhu City Cafe Oleh Menteri Besar, Pahang

     Kuantan, 09 September 2021 – Pada 09 September 2021 telah berlangsung Majlis Perasmian De Rhu City Cafe yang disempurnakan oleh YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, merangkap Pengerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) bertempat di tapak perniagaan kafe berkenaan bersebelahan Bangunan PKPP. Majlis turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Lembaga Pengarah PKPP dan pengurusan kanan PKPP.


Majlis ringkas ini dimulakan dengan acara menandatangani plak perasmian oleh YAB. Menteri Besar diikuti dengan sarapan pagi yang disediakan oleh pihak De Rhu City Cafe. Kafe ini telah mula beroperasi pada 01 September 2021 dengan menyajikan menu istimewa yang disediakan oleh chef serta kru dari De Rhu Beach Resort dengan harga yang berpatutan kepada pelanggan.

img
img