Bengkel Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan Siri 1 telah diadakan pada 3 - 5 Oktober 2023 di Bilut Hills Raub. Jumlah peserta kursus seramai 48 orang terdiri daripada anggota perkhidmatan PKPP dan pegawai syarikat kumpulan PKPP.
Keseluruhan siri bengkel dikendalikan oleh Ybrs. Dr. Mohd Haz Hairul bin Imran merupakan seorang Pegawai Farmasi yang diberi tauliah sebagai munsyi muda di bawah INTAN. Beliau juga bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Antara ilmu yang dikongsikan meliputi surat rasmi, memo, penulisan minit mesyuarat, laporan dan kertas kerja. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh semua peserta dalam menyediakan penulisan dokumen rasmi kerajaan yang lebih berkualiti dan seragam.