Majlis Pembentangan Prestasi Ladang-Ladang PKPP sehingga 31 Disember 2023 bersekali dengan Majlis Anugerah Ladang 2023 telah disempurnakan pada 7 Mac 2024 bertempat di Grand Darul Makmur dengan dihadiri oleh Pengurusan PKPP dan ejen-ejen pengurusan termasuk pengurus-pengurus ladang.
Ketua Pegawai Eksekutif, YH Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus mengetengahkan beberapa isu termasuk isu berulang untuk diberi perhatian sewajarnya oleh ejen-ejen pengurusan. Antaranya ialah tentang penyediaan bajet tahunan berdasarkan perkiraan yang menyeluruh. Bajet yang hampir tepat dan tidak jauh tersasar berbanding pencapaian sebenar menjadi pengukur kepada pengetahuan agen pengurusan tentang kekuatan dan kelemahan selain kecekapan menggembleng usaha berdasarkan sumber yang ada.
Selain itu, ejen-ejen pengurusan perlu sentiasa peka kepada perkembangan dan teknologi semasa bagi memastikan kaedah dan pendekatan yang digunakan lebih berkesan dan menyumbang kepada peningkatan produktiviti.
Sebaik selesai pembentangan prestasi ladang bagi ketiga-tiga ejen pengurusan, Majlis Anugerah Ladang (kali ke 5) telah dilangsungkan. 7 kategori yang dipertandingkan bagi mengiktiraf usaha, kerja keras dan kreativiti pengurus-pengurus ladang dan ejen pengurusan masing-masing. Berikut adalah senarai kategori dan pemenangnya:
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang terutama Ladang Sri Kempas (LCSB) yang mengungguli beberapa anugerah.