Delegasi Universiti Malaysia Pahang

     Delegasi Universiti Malaysia Pahang yang diketuai oleh Profesor Dr. Rizalman bin Mamat, Pengarah Kanan Pusat Kejuruteraan Automotif melakukan lawatan ke Ladang PKPP Penor Idaman pada 2 Mac 2023 bersama para penyelidik UMP dengan kepakaran di dalam bidang kejuruteraan, pertanian dan inovasi. Turut hadir sama Encik Ahmad Hisham bin Abdul Halim, Pengurus Penyelidikan dan Pemantauan serta ejen pengurusan ladang LKPP Corporation Sdn. Bhd.


Lawatan ini bertujuan bagi mengenal pasti keperluan mekanisasi ladang sedia ada yang boleh di inovasi ke bidang automasi berasaskan pertanian/perladangan dalam meningkatkan kecekapan. Semoga jalinan kerjasama strategik ini dapat merealisasikan hasrat PKPP dalam industri pertanian/perladangan yang lebih berdaya maju.

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img