Majlis Sumbangan Aidilfitri PKPP Bersama YAB Menteri Besar Pahang

     Kuala Lipis – Kegembiraan dan keceriaan terpancar di wajah penerima-penerima dalam Majlis Sumbangan Aidilfitri PKPP pada 16 April 2022 bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Lipis. Penerima-penerima sumbangan adalah dikalangan peserta-peserta rancangan sosial PKPP di daerah Kuala Lipis.


Majlis penyampaian sumbangan ini dilakukan oleh YAB Menteri Besar Pahang merangkap ADN Jelai yang juga dihadiri oleh Timbalan Menteri KPLB 1 merangkap Ahli Parlimen Lipis serta YB. Dato' Sri Ir Mohd Soffi Tan Sri Abd. Razak Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang merangkap ADN Benta.


Selain penyampaian bantuan sempena menyambut Aidilfitri, diselitkan juga acara penyerahan lain seperti sumbangan kepada JPKK rancangan sosial terlibat, sumbangan kepada masjid daerah dan masjid dalam rancangan, van jenazah sumbangan LKPP Corporation Sdn. Bhd. (LCSB) kepada 2 buah masjid iaitu Masjid Tg. Gahai dan Masjid Kg. Beletik serta sebuah lori 3 tan sumbangan KPLB kepada Koperasi Kg. Dusun, Lipis.

img
img

img
img

img
img