Kursus Panduan Mengisi Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Di Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP)

     Kuantan, 13 November 2020 – Seramai 45 orang Anggota Perkhidmatan PKPP dan Anak Syarikat telah menghadiri Kursus Panduan Mengisi Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) di Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang. Program ini telah diadakan di Bilik Gerakan PKPP, Kuantan. YH. Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif telah memberikan ceramah bagi kursus tersebut.


Tujuan kursus ini adalah untuk memberi penjelasan kepada semua Anggota Perkhidmatan berhubung dengan prinsip, penyediaan dan pengendalian Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT).


Kursus ini juga bertujuan untuk menjelaskan kaedah pelaksanaan Sistem Penilaian Prestasi pegawai perkhidmatan awam yang dilaksanakan di bawah Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kepada Ketua Jabatan, Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM), Pegawai Yang Dinilai (PYD), Pegawai Penilai Pertama (PPP), Pegawai Penilai Kedua (PPK), Rakan Sekerja (RS), Pegawai Bawah Seliaan (PS) dan Urus Setia PPSM berhubung dengan penyediaan dan pengendalian Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana.

img
img

img
img

img
img