Majlis Meraikan Kontinjen Perbarisan PKPP dan Upacara Penyerahan Bendera Malaysian Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-46

Pengurusan kanan PKPP telah meraikan kontinjen perbarisan PKPP sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 66. Kontinjen pada tahun ini dianggotai oleh 43 orang yang kesemuanya adalah anggota perkhidmatan di Ibu Pejabat.


Ketua Pegawai Eksekutif mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua anggota termasuk jurulatih yang bersungguh-sungguh menyediakan pasukan perbarisan yang mantap. Sedikit sebanyak pasukan pada tahun ini dibayangi oleh kejayaan pasukan menjadi juara pada acara yang sama pada tahun lepas.


Selain itu, beliau turut menyarankan penghayatan erti kemerdekaan turut dipupuk kepada generasi muda supaya mereka tidak lupa kepada perjuangan kemerdekaan generasi terdahulu. Perjuangan membebaskan negara daripada penjajahan oleh generasi terdahulu melibatkan air mata dan darah.


img
img