Bengkel Senario Dan Cabaran Masa Hadapan Industri Kelapa Sawit Ladang Rancangan Sosial PKPP

     Pahang, 03 - 05 Mac 2021 – Bengkel Senario dan Cabaran Masa Hadapan Industri Kelapa Sawit Ladang Rancangan Sosial PKPP telah diadakan di 4 lokasi rancangan yang terlibat iaitu Temerloh, Jerantut, Kuala Lipis dan Raub. Bengkel ini telah dibahagikan kepada 2 kumpulan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YH. Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Puan Hajah Sarwah binti Mohamed Jusoh.


Bengkel ini telah melibatkan 10 Rancangan Sosial yang turut disertai oleh ejen pengurusan ladang iaitu LKPP Corporation Sdn. Bhd. dan PKPP Plantation Sdn. Bhd. bersama beberapa orang wakil peserta bagi setiap rancangan tersebut untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan akan kaedah penyelesaian bagi tujuan penambahbaikan dalam menangani isu-isu semasa dan cabaran industri kelapa sawit bagi Ladang Rancangan Sosial PKPP kini.


Bengkel ini telah diadakan dengan jayanya dalam mewujudkan persefahaman dan muafakat antara pengurusan PKPP, ejen pengurusan dan peserta rancangan sosial demi kepentingan bersama. Segala input yang diperoleh mampu mengutuhkan jalinan kerjasama mendatang dalam usaha mempertingkatkan keberhasilan ladang yang lebih komprehensif, kompetitif serta manfaat bukan sahaja kepada peserta bahkan PKPP jua.

img
img

Brainstorming peserta RTP Kg. Awah, Temerloh


img
img

Brainstorming peserta RPSB Sg. Putat, Jerantut


img
img

Brainstorming peserta Ladang Temin Kecil, Jerantut