Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya Aidilfitri Kepada Peserta Rancangan Sosial PKPP

     Kuala Lipis, 01 Mei 2021 – Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya Aidilfitri Kepada Peserta Rancangan Sosial PKPP bertempat di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat, Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi PKPP, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail yang juga ADUN Jelai. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran dif-dif kehormat, ketua-ketua jabatan, agensi-agensi dan pengurusan PKPP.


Rancangan sosial adalah tanggungjawab yang diamanahkan kepada PKPP sejak awal penubuhannya. Ia terbahagi kepada 5 kategori iaitu Rancangan Tanah Pemuda (RTP), Rancangan Penempatan Semula Banjir (RPSB), Rancangan Penempatan Semula Keselamatan (RPSK), Ladang Kecil dan Rancangan Tanah Pinggir yang melibatkan lebih 12,000 orang peserta. Dalam ucapan YAB. Menteri Besar, beliau mengajak rakyat negeri mengekalkan kestabilan dan kemakmuran negeri supaya lebih banyak agenda ekonomi dapat dijayakan dan seterusnya mendatangkan manfaat kepada rakyat.


Pemberian bantuan Hari Raya setakat ini merupakan program tahunan PKPP kepada peserta-peserta rancangan di bawahnya. Bagaimanapun ia bergantung kepada kedudukan kewangan semasa PKPP. Pada majlis ini, seramai 446 orang peserta daripada RTP Sg. Ular, RPSK Peruang, RPSK Merapoh dan RPSK Jerkoh menerima bantuan dengan peruntukan sebanyak RM312,000. Dalam majlis ini juga, YAB. Menteri Besar sudi menyempurnakan acara penyampaian sumbangan Kerajaan Negeri kepada organisasi dan golongan yang memerlukan.

img
img