Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019M/1440H PKPP & Majlis Perasmian Kem Nemo

     PKPP telah menyambut majlis tersebut pada 25 Jun 2019 pada jam 10.00 pagi bertempat di Kem Nemo, Sg. Karang, Kuantan. Jamuan Hari Raya merupakan acara tahunan yang disambut oleh Anggota Perkhidmatan PKPP. Justeru mengambil kesempatan dengan kehadiran YAB Menteri Besar Pahang di majlis ini, PKPP turut mengadakan Majlis Perasmian Kem Nemo yang terletak bersebelahan dengan De Rhu Beach Resort (DRBR).

      PKPP telah menjemput 600 orang tetamu termasuk 42 orang pelajar Tahfiz beserta dengan 8 orang guru pengiring. Tetamu – tetamu yang dijemput merangkumi Pengetua dan Guru Besar Sekolah – Sekolah dalam daerah Kuantan, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang bertujuan untuk mempromosikan Kem Nemo kepada mereka.

      Jemputan Khas telah dibuat kepada mantan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Tuan Haji Abdul Rahim bin Abdullah memandangkan beliau merupakan pencetus idea penubuhan Kem Nemo ini.

      Gimik pelancaran kem ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang di mana Maskot Ikan Nemo turut menjadi tumpuan sidang media. Nama Kem Nemo ini telah dipilih kerana sejenis ikan ‘clownfish’ yang didapati habitatnya berhampiran perairan Pantai Balok. Justeru itu, bersempena dengan penemuan ikan tersebut nama ikan nemo ini telah dipilih untuk kem ini.

img
img

img
img