Lawatan ke Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Kg. Sidam, Kulim, Kedah.

     Pada 7 Februari 2022 telah diadakan satu Lawatan ke Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Kg. Sidam, Kulim, Kedah yang dihadiri oleh ADN Dong, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan) KPLB Pahang, Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, Pegawai-pegawai Daerah Raub, Ahli Koperasi Pembangunan PROSPEK Mukim Ulu Dong Raub Berhad, Pengurus Projek Sosial PKPP serta pegawai-pegawai PKPP.


Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai pelaksanaan aktiviti ekonomi, projek infrastruktur dan projek perumahan yang dilaksanakan di PROSPEK Kg. Sidam yang boleh dijadikan panduan untuk diadaptasi mengikut kesesuaian di PROSPEK Raub.


Lawatan bermula pada sesi pagi dengan taklimat ringkas dari pihak KEDA selaku agensi pelaksana projek dan ikuti lawatan ke projek tanaman jagung, projek perumahan PPRT, projek ternakan ikan dalam sangkar, perusahaan sate dan kedai IKS peserta manakala pada sesi petang pula, peserta lawatan mengikuti taklimat pengurusan Koperasi Mukim Sidam Kanan Kedah Berhad dan Koperasi Nelayan Darat Mukim Sidam Kanan Berhad.

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img