Pembentangan Prestasi Ladang-Ladang PKPP Berakhir 31 Ogos 2022

     Kuantan, 05 Oktober 2022 - Pembentangan Prestasi Ladang-Ladang PKPP (yang diuruskan oleh LCSB, PPSB dan PASB) bagi tempoh berakhir 31 Ogos 2022 telah berlangsung pada 5 Oktober 2022 di Swiss-Belhotel Kuantan. Majlis dipengerusikan oleh YH. Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif PKPP yang turut dihadiri Pengurusan PKPP, Pengurusan kanan ketiga-tiga agen pengurusan berkenaan serta pengurus-pengurus ladang.


Pada permulaan majlis, Ketua Pegawai Eksekutif memaklumkan perkembangan semasa seperti kemasukan pekerja asing yang sudah bermula, perjanjian antara pengurusan ladang dengan penternak integrasi, pelan pengurusan ladang dalam menghadapi banjir serta keperluan maklumbalas berkaitan jaminan makanan (Food Security) yang perlu dimajukan segera.


Selain itu, turut dibentangkan ialah laporan Penasihat Perladangan yang dilantik oleh PKPP dalam memantau ladang-ladang terpilih serta laporan penghasilan BTS yang tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan terutama buah muda yang menyebabkan kerugian hasil dan pembaziran sumber yang ketara.

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img