Acara Memotong Kek Sempena Ulang Tahun PKPP Ke-51

     16 November 2020, Sempena ulang tahun PKPP Ke-51, Bahagian Pentadbiran telah menganjurkan solat hajat bagi mengucapkan syukur kehadrat Ilahi atas segala kurniaan yang telah diberikan kepada PKPP yang dihadiri oleh semua Anggota PKPP.


Pada sesi petang pula satu acara memotong kek yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurusan dan Anggota Perkhidmatan PKPP telah diadakan di lobi utama. Acara dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Saudara Muhamad Aminuddin bin Mat. Selepas itu acara diteruskan dengan ucapan sempena sambutan ulang tahun penubuhan PKPP yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YH. Dato' Suhaimi bin Mohd Yunus dan seterusnya memotong kek.


Semoga PKPP terus maju, berdaya saing dan menjadi Peneraju Utama Pertanian Di Negeri Pahang. #PKPP1st #PenerajuPertanianNegeriPahang

img
img

img
img

img
img