Lawatan Kerja Sambil Belajar ke Pusat Latihan Sawit Malaysia (PLASMA) Cawangan Keratong

     11 November 2020, PKPP telah mengadakan satu Lawatan Kerja Sambil Belajar ke Pusat Latihan Sawit Malaysia (PLASMA) Cawangan Keratong telah diadakan bertujuan bagi melihat sendiri bagaimana pengalaman pihak PLASMA dalam menyediakan latihan serta modul yang digunakan sepanjang latihan yang melibatkan perladangan kelapa sawit.


Delegasi PKPP ini telah diwakili oleh YH. Dato' Suhaimi bin Mohd Yunus ( KPE), Encik Ahmad Shahril bin Mazlan ( Timb. Pengurus Besar LCSB), Tuan Haji Shahrumzaki bin Hassan ( Pengurus Besar PPSB), Tuan Haji Roslan bin Mohd Ali ( BPPP), Encik Ahmad Hisham bin Abd Halim ( PPP ), Puan Awallyza binti Abdullah ( wakil PASB), Encik Muhammad Asyraf bin Md Nazir, serta 3 orang pegawai daripada anak syarikat.


Pembentangan taklimat mengenai operasi di PLASMA telah disampaikan oleh Ketua Stesen MPOB caw Keratong iaitu Encik Norlin Ismail.

img
img

img
img

img
img