Majlis Meraikan Persaraan Encik Othman Bin Sabu

     Satu Majlis Persaraan telah diadakan pada 19 Jun 2020 bertempat di Dewan ILI, PKPP jam 11.30 pagi. Beliau mula bersara pada 8 Jun 2020 dengan usia 60 tahun dan jawatan terakhir beliau adalah sebagai Pegawai Tadbir Gred N54 (KUP) setelah berkhidmat selama 40 tahun 2 bulan 7 hari. Majlis persaraan yang telah diadakan tetap meriah walaupun diadakan secara atas talian bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Majlis persaraan secara atas talian itu dilaksanakan buat pertama kali dalam sejarah oleh PKPP selepas tiada sebarang perhimpunan yang boleh di lakukan susulan pandemik Covid-19. Pada majlis tersebut, seramai 35 orang sahaja Pegawai yang berada di dalam Dewan, manakala bagi Anggota Perkhidmatan yang lain, mereka menonton majlis persaraan tersebut secara atas talian.


Pegawai yang diraikan adalah Encik Othman bin Sabu, yang memulakan perkhidmatannya sebagai Pegawai Kerani dan ditempatkan di Projek Keselamatan Merapoh, Kuala Lipis pada 1 April 1980. Pada 1 Julai 2017, beliau telah dilantik sebagai Pegawai Tadbir, N52. Beliau diberi kenaikan pangkat secara Khas untuk Penyandang (KUP) daripada Pegawai Tadbir, Gred N52 kepada Pegawai Tadbir, Gred N54 pada 10 Mei 2019.  Beliau juga diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Tahun 2017 & 2019.


PKPP mengucapkan 'Selamat Bersara' dan merakamkan ucapan terima kasih di atas jasa, dedikasi melaksanakan amanah kerja dan komitmen yang diberikan sepanjang bertugas. Semoga diberi anugerah kesihatan, keselamatan, kebahagiaan dan kejayaan kepada Encik Othman bin Sabu didalam menempuh alam persaraan.

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img