Majlis Penyampaian Amanat dan Penyerahan Surat Tawaran Kenaikan Pangkat

     Pada 29 Oktober 2019, telah berlangsung Majlis Penyampaian Amanat dan Penyerahan Surat Tawaran Kenaikan Pangkat di Dewan ILI, PKPP. Majlis ini adalah susulan proses temuduga yang telah dijalankan 30 September hingga 1 Oktober baru-baru ini. Kesemua calon yang berjaya telah menerima surat pemberitahuan kenaikan pangkat (secara pemangkuan) masing-masing yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, YH. Dato' Suhaimi bin Mohd Yunus.

      Di dalam amanatnya, Ketua Pegawai Eksekutif menyatakan bahawa kenaikan pangkat bukanlah hak tetapi merupakan kaedah menghargai sumbangan anggota perkhidmatan yang menunjukkan prestasi cemerlang. Dengan itu ia menjadi pemangkin bagi semua anggota perkhidmatan untuk lebih berusaha bagi memastikan organisasi akan lebih maju dan berdaya saing bagi menghadapi cabaran-cabaran pada masa akan datang.

      Tentang kaedah pemangkuan pada kenaikan pangkat kali ini, Ketua Pegawai Eksekutif menjelaskan tempoh pemangkuan merupakan cara bagimemastikan seseorang calon itu dapat menunjukkan prestasi dan pencapaian yang baik di gred jawatan yang dipangku serta tempoh untuk memenuhi kriteria dan syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan di dalam skim perkhidmatan selain mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang melanggar peraturan dan tatatertib pegawai.

      Bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, mengetuai senarai penerima surat kenaikan pangkat ialah Puan Hajjah Sharifah Norjannah binti Syed Agil kepada Pegawai Tadbir N52. Diikuti oleh Encik Ahmad Hisham bin Abdul Halim dan Encik Suhaimi bin Mat Hussain masing-masing kepada Pegawai Tadbir N48. Bagi jawatan Pegawai Tadbir N44, penerima surat kenaikan pangkat ialah Encik Nor Amei bin Mohd Nor, Puan Hajjah Hasna binti Mohamad Taib, Puan Sophina binti Muhammad Safian, Encik Megat Juhari Shazerin bin Nazeri, Encik Azlin bin Abdul Halim dan Encik Asyraf bin Md Nazir.

      Bagi Kumpulan Pelaksana, Encik Zakaria bin Muhamad telah menerima tawaran kenaikan pangkat Penolong Pegawai Tadbir N36. Manakala Encik Nurul Fakhri bin Hamzah, Puan Hajjah Juriah binti Mohamad dan Encik Muhammad Ikhwan bin Muhamad Zaidi masing-masing menerima surat kenaikan pangkat kepada Penolong Pegawai Tadbir, N32.

Tahniah kepada semua penerima surat kenaikan pangkat.

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img