Program Pelaksanaan Pementoran Di Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang

     Balok, 3 - 4 September 2020 – Seramai 20 orang Anggota Perkhidmatan telah menghadiri Program Pelaksanaan Pementoran di Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang. Program ini telah diadakan di Dewan Bunga Raya, De Rhu Beach Resort, Sungai Karang Kuantan. YH. Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif telah merasmikan program tersebut dan mengucapkan syabas serta tahniah kepada anggota perkhidmatan yang terpilih.


Tujuan Program ini adalah merupakan pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan dengan menerapkan elemen psikologi dan kaunseling secara profesional yang diberikan oleh mentor kepada menti bertujuan meningkatkan pembangunan dan kompetensi profesional, budaya, peribadi dan sosial bagi pegawai lantikan baru dan dinaikkan pangkat. Konsep pementoran terbahagi kepada tiga iaitu :


1. Program pementoran merupakan program bersepadu yang turut disokong oleh pelaksanaan program coaching dan kaunseling. Ia berfokus kepada pembangunan dan peningkatan kompetensi kerja dan peribadi pegawai yang bersifat jangka panjang.


2. Program coaching berfokus kepada peningkatan kemahiran dan kompetensi kerja yang bersifat jangka pendek dan program kaunseling berfokus kepada pembangunan dan peningkatan potensi diri pegawai untuk memangkin perubahan tingkah laku positif.


3. Pementoran merupakan perhubungan bermakna yang dibina antara mentor dan menti di mana mentor dapat berkongsi ilmu, nilai dan pengalaman diri, memberitahu keputusan dan bertindak berdasarkan idea yang dihasilkan sementara menti dapat mempelajari ilmu, nilai dan pengalaman tersebut dan memindahkannya dalam realiti pekerjaan dan kehidupan.

img
img

img
img

img
img