Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Infrastuktur Agrotourism Paya Laka, Kampung Sepayang, Rompin, Pahang.

      Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Infrastuktur Agrotourism Paya Laka, Kampung Sepayang, Rompin oleh YAB Menteri Besar telah diadakan pada 5 Disember 2022. Majlis turut dihadiri oleh dif-dif kehormat, wakil jabatan, wakil agensi, pengurusan PKPP dan anak syarikat serta peserta RTK Paya Laka.


Dalam ucapan YAB Menteri Besar, beliau berharap projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi penduduk setempat serta daya tarikan pusat pelancongan di Daerah Rompin.


Kos keseluruhan bagi pembangunan projek ini berjumlah RM5.0 juta telah diluluskan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan tempoh pelaksanaan selama 2 tahun dan dijangka siap sepenuhnya pada 2024 yang meliputi bilik penginapan, dewan, surau, restoran dan landskap.


Dalam majlis ini, YAB Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan bantuan khas kepada wakil kepada 262 peserta RTK Paya Laka dan setiap peserta menerima sumbangan berjumlah RM500.


Gimik majlis pecah tanah projek pembangunan Agrotourism Paya Laka telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang serta demonstrasi penggunaan drone menabur benih dan membaja di sawah padi.

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img