Majlis Penyampaian Amanat Ketua Pegawai Eksekutif Dan Penyerahan Surat Tawaran Kenaikan Pangkat Secara Pemangkuan

     Kuantan, 31 Mac 2021 – Majlis Penyampaian Amanat Ketua Pegawai Eksekutif, YH. Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus dan Penyerahan Surat Tawaran Kenaikan Pangkat Secara Pemangkuan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Puan Hajah Sharifah Norjannah binti Syed Agil dan Pengurusan Kanan PKPP. Dalam amanat Ketua Pegawai Eksekutif, beliau memaklumkan bahawa kenaikan pangkat ini bukan satu hak mutlak sebaliknya ianya merupakan kemampuan yang dizahirkan oleh pegawai yang layak dalam menunjukkan prestasi tugas dengan kompeten, bertanggungjawab, proaktif dalam keberhasilan kerja yang efektif dan produktif. Di samping itu juga, elemen multi tasking, interpersonal melalui kepakaran, kemahiran serta pengetahuan berkaitan tugas amat dititikberatkan dalam penetapan hala tuju dan produktiviti organisasi. Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima kenaikan pangkat secara pemangkuan. Semoga amanah ini dapat disempurnakan dengan berwibawa dan kredibiliti dalam memacu kejayaan PKPP. Insya-Allah.


Senarai Nama Kenaikan Pangkat Secara Pemangkuan :


Puan Hajah Sharifah Norjannah binti Syed Agil, Pegawai Tadbir, Gred N54

Cik Emilia binti Zainal Abidin, Pegawai Tadbir, Gred N52

Tuan Haji Roslan bin Mohd Ali, Pegawai Tadbir, Gred N52

Puan Hajah Hasna’ binti Haji Mohamad Taib, Pegawai Tadbir, Gred N48

Encik Megat Juhari Shazerin bin Nazeri, Pegawai Tadbir, Gred N48

Encik Nor Amei bin Mohd Nor, Pegawai Tadbir, Gred N48

Encik Mohamad Iqwan Aizuddin bin Mohamad Sanyudi, Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi), Gred N22

img
img

img
img

img
img

img
img