Lawatan Tapak Projek Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang Oleh YAB. Menteri Besar Pahang

     Kuantan, 30 Mac 2021 – YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi PKPP diiringi oleh YB. Dato' Sri Haji Shahiruddin bin Ab Moin, Timbalan Pengerusi PKPP dan YH. Dato' Suhaimi bin Mohd Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif PKPP melakukan tinjauan ke tapak projek pembinaan Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP), Mukim Sungai Karang, Kuantan.


Tinjauan ini turut dihadiri oleh Pengurusan Yayasan Pahang dan LKPP Property Sdn. Bhd. selaku pengurus projek bagi melihat perkembangan dan kemajuan prestasi projek yang telah siap sepenuhnya. Penubuhan MTTNP merupakan kolaborasi pintar di antara PKPP dan Yayasan Pahang dalam melahirkan ulama dan ilmuan Islam, modal insan cemerlang duniawi dan ukhrawi, berdaya saing, progresif, daie’, pejuang yang memiliki sifat dan keperibadian unggul salafus soleh yang menjadi contoh tauladan kepada masyarakat, negeri dan negara. MTTNP dijangka akan beroperasi sepenuhnya selepas Aidilfitri nanti. Insya-Allah.

img
img