Majlis Perasmian Kompleks Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP)

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Kompleks Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP) di Perkampungan Balok Baru, Kuantan pada 21 Oktober 2022.


Tahniah diucapkan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) dan Yayasan Pahang (YP) yang telah berusaha mewujudkan MTTNP dengan misi untuk menjadi sebuah institusi yang terkemuka di Malaysia dalam melahirkan ulama' yang menguasai ilmu Turath manakala visinya adalah untuk melahirkan ulama' dan ilmuan Islam yang bukan hanya pada ilmunya, tetapi juga meliputi adab, tarbiah, tazkiah dan tarqiah.


Adalah diharapkan MTTNP berjaya melahirkan hafiz al-Quran yang menguasai kitab Turath secara teori dan amali serta mampu berada di arus perdana dalam memimpin masyarakat mengamalkan al-Quran dan As-Sunnah dalam kehidupan. Insya-Allah.


*Sumber Dari FB Yayasan Pahang https://www.facebook.com/search/top?q=yayasan%20pahang

img
img

img
img

img
img